Di kala sahabat
tersenyum menaiki pentas
Mereka membawa bersama
rasa bangga kedua ibu bapa mereka
Waktu itu
Apabila kaki melangkah
Aku tertunduk
Hatiku berbisik
Pasti ibu dan abah juga
bangga akanku
Pasti bangga
Di akhir majlis
Aku berdiri di muka
pintu
Melihat mereka
berpelukan
Bersalaman tangan
Saling bertukar ucapan
tahniah
Panas membahang pada
waktu itu tidak terasa mungkin
Bahagia, bangga dan
gembira
Anak kelahiran berjaya
menamatkan pengajian
Anak yang dibesarkan
berjaya menggenggam segulung ijazah
Aku tersenyum
Ibu
Andai kau ada waktu itu
Akan aku pelukmu seerat
yang mungkin
Akan aku ucapkan terima
kasih yang tidak terhingga
Atas susah payah kau
membesarkanku
Atas segala jerih perih
kau memberi didikan
Ibu
Aku ingin menjerit kala
itu
Aku bangga menjadi
anakmu
Bangga kerana aku
berjaya keranamu
Ibu
Maafkan anakmu ini
Gagal menjadi anak yang
baik
Ibu
Aku ingin hadiahkanmu
dengan rasa gembira dan bangga
Kerana aku adalah
anakmu
Namun aku gagal
Kau sentiasa kekal
menjadi yang terbaik
Di dalam hati, minda
dan hidupku
Tiada ibu lain yang
mampu melahirkan aku semula
Suatu hari nanti
Akan tercipta satu lagi
sejarah di dalam hidupku
Aku mahu dirimu
tersenyum melihatku waktu itu
No comments:
Post a Comment