Sunday 13 May 2012

Maaf, Ibu

Aku masih ingat waktu itu
Di kala sahabat tersenyum menaiki pentas

Mereka membawa bersama rasa bangga kedua ibu bapa mereka



Waktu itu

Apabila kaki melangkah

Aku tertunduk

Hatiku berbisik

Pasti ibu dan abah juga bangga akanku

Pasti bangga



Di akhir majlis

Aku berdiri di muka pintu

Melihat mereka berpelukan

Bersalaman tangan

Saling bertukar ucapan tahniah



Panas membahang pada waktu itu tidak terasa mungkin

Bahagia, bangga dan gembira

Anak kelahiran berjaya menamatkan pengajian

Anak yang dibesarkan berjaya menggenggam segulung ijazah

Aku tersenyum



Ibu

Andai kau ada waktu itu

Akan aku pelukmu seerat yang mungkin

Akan aku ucapkan terima kasih yang tidak terhingga

Atas susah payah kau membesarkanku

Atas segala jerih perih kau memberi didikan



Ibu

Aku ingin menjerit kala itu

Aku bangga menjadi anakmu

Bangga kerana aku berjaya keranamu



Ibu

Maafkan anakmu ini

Gagal menjadi anak yang baik



Ibu

Aku ingin hadiahkanmu dengan rasa gembira dan bangga

Kerana aku adalah anakmu

Namun aku gagal



Kau sentiasa kekal menjadi yang terbaik

Di dalam hati, minda dan hidupku



Tiada ibu lain yang mampu melahirkan aku semula



Suatu hari nanti

Akan tercipta satu lagi sejarah di dalam hidupku

Aku mahu dirimu tersenyum melihatku waktu itu

Thursday 26 April 2012

Aku & Kenderaan

Aku merupakan seorang pemandu kereta yang berhemah. (Serta-merta swift aku brek mengejut). Okay, aku tipu. Aku hanya berhemah bila jam sahaja.
 
 
Tapi,

seteruk-teruk aku bawa kereta, aku hormat orang lain kayh. Especially, orang yang berjalan kaki dan membawa motor, dan tambah penunggang basikal dan juga adik-adik kecik yang naik kereta sorong.
 
 
Semalam (kot), waktu aku tengah melalak dalam kereta layan lagu Sesaat Kau Datang (dem! Serious tak macho!), aku nampak ada seorang budak perempuan tengah tolong mak (atau mungkin nenek) dia lintas jalan. Masa tu tengah jam, tapi kereta bergerak juga la slow-slow. Aku sangat bengang bila tengok tak ada satu kereta pun bagi jalan kat diorang. Masa tu aku belakang lagi tapi aku dah slowkan kereta. Agaknya budak perempuan tu perasan kot yang aku ni seorang pemandu yang baik hati, so dia sentap memimpin mak atau nenek dia tu lalu depan kereta aku. Lepas dia sampai kat seberang jalan, dia angkat tangan kat aku berserta senyuman. Sumpah aku rasa bahagia sangat.
 
 
Aku kalu jalan jam, satu lagi habit aku, aku akan himpit kereta ke tebing jalan (aku tak tau macam mana nak explainkan benda ni). Sebabnya, aku nak bagi ruang untuk motor-motor lalu kat celah-celah kereta dengan selamat. (terfikir juga, kereta aku pun selamat dari dicalari oleh motor-motor tu.)
 
 
Baik kan aku? Aku pernah jadi salah seorang dari pejalan kaki yang kena melintas jalan secara rakus supaya tidak dilanggar. Pernah juga aku kena hon sebab nak lintas jalan. Aku dah ada tengah jalan, kereta tu nak rempuh aku. Bod..isy, tak baik. Bangang betul. Depan tu traffic light. Pe ke pekdahnya kau nak laju-laju? Sebab tu, bila aku bawa kereta, aku sangat ambil perhatian dengan para pejalan kaki. Tambah-tambah yang sedap dipandang mata. Huhu.
 
 
Aku juga pernah merempit sekejap walaupun aku tak ada lesen. Sempat la jatuh motor dua kali dalam bandar KL ni sebab aku ni tak terer sangat kan merempit. Perempuan melayu terakhir lah katakan. Aku dulu sangat takut kalau tengok jam. Kereta-kereta kadang kurang ajar pergi himpit motor. Kesian kat orang tak berlesen macam aku. Kali kedua aku jatuh mototr, hancur la sikit motor bapak aku. Aku sempat tempek parut kat pinggang je. Lepas tuh, terus motor tuh kena tarik dari aku. Lepas tu, berbulan juga la aku dok naik bas dan kenderaan awam sampai lah awal tahun 2012, aku berjaya menghabiskan duit aku dan menjadi miskin serta-merta dengan membeli swift yang takde kemenda tuh.
 
 
P/s: Siyes, swift memang tak best. Tapi, time aku mencilok, “I'm so proud of you la swifty!”

Cinta Pertama


Di awal tahun 2009, hubungan aku dan si dia putus dengan penampar sulung ku di pipinya yang penuh dengan jerawat itu. Dia tergamam, mungkin. Aku terus melempar handphone si dia ke atas ribanya dan berlari keluar dari kereta milik kawan si dia. Malam itu, aku menangis sesungguh hati aku. Sakit, teramat sakit. Cinta pertama ku kecundang. Hanya bertahan selama 4 bulan.

Hari-hari ku pada 5 bulan berikutnya, perit. Sakit dan amat pedih. Ku lalui hari-hari itu dengan tangisan dan air mata. Pantang terlintas tentang si dia di fikiran, tanpa dapat aku kawal, mata ku bergenang. Tidak kira samada di dalam bas dalam perjalanan pulang ke kampong, ketika bermain bola dengan adik-adik, sedang menonton cerita lawak, makan, minum...segalanya. Hidup aku benar-benar berputar di sekitar bayangan si dia.

Source: weheartit.com 

Namun, aku tidak tunduk pada tangisan ku. Aku bergiat aktif di dalam sebuah laman sosial. Bodoh dan naïf sungguh aku di kala itu. Aku menjadi seorang perempuan yang suka bermain. Dalam erti kata sebenar, kehidupanku sebagai playgirl bermula semula. Ya, sebelum itu aku pernah menjadi perempuan itu. Kemudian ku pertaruhkan setia di mana setia ku dimainkan. Dan kini, kehidupan ku sebagai playgirl menjadi-jadi.

Suatu hari, selepas 5 bulan aku dan si dia sudah tiada apa-apa hubungan, dia menghubungi ku. Pada suatu malam, pada waktu aku sedang sibuk melayan lelaki di dalam laman sosial itu. Aku terkedu sewaktu aku melihat nombor si dia pada skrin handphone ku. Kerana tindakan refleksku lebih cepat dari proses untuk otakku menyampaikan maklumat apa yang patut aku lakukan, "Hello, Assalamulaikum, Nur" kedengaran. Panggilannya terhadapku menggetarkan seluruh tubuhku pada dinginnya malam itu.

Aku mencuba berlagak seperti biasa. Bertanya khabar dan segalanya. Dia menghubungiku untuk bertanya sesuatu tentang sesuatu berkaitan dengan aplikasi dari pelajaranku di sebuah universiti tempatan. Pada hujung talian, tiba-tiba aku mendengar suatu suara menjerit dari dalam talian, mungkin rakan si dia "cakaplah I LOVE YOU". Dia diam, aku juga diam. Aku terus memutuskan talian dan berlari masuk ke dalam bilik, menyembam muka ku di atas bantal dan menangis sepuas hati aku. Kenapa si dia muncul lagi. Aku sudah kering air mata untuk menangis kerana si dia lagi.

Setelah hampir reda tangisku, tanpa berfikir panjang aku menghubungi seseorang yang ku kenali dalam laman sosial itu. Aku bercerita tentang panggilan itu dan segalanya dan tanpa sedar aku telah bersetuju untuk menjadi teman wanitanya.

Namun, hubungan yang dibina tanpa apa-apa sandaran, masakan bertahan. Dia lelaki baik, mempunyai rupa paras menarik, dan bergaya. Namun, dia tetap masih kebelakang dibandingkan dengan si dia, cinta pertamaku. Pergaduhan yang selalu terjadi, acapkali aku meminta hubungan itu diputuskan, akhirnya menjadi nyata. Mungkin dia menyangka, marahku sekadar itu. Mungkin dia mahu sejukkan hatiku yang panas, atau mungkin mahu memberi aku ruang untuk bernafas. Namun, tindakan dia silap. Kerana pada waktu yang sama, entah bagaimana aku menyedari kewujudan seorang lelaki di dalam kelas ku yang berwajah dan bersikap seperti si dia, cinta pertamaku.

Kemudian, tidak lama selepas itu, aku dan lelaki "klon" si dia itu "bercinta". Hubungan itu bertahan selama setahun. Ya, lama dan kelihatan seperti itu adalah satu hubungan yang meyakinkan kan. Itu semua tipu. Selama setahun dengan dia. Perangai aku menjadi semakin teruk. Sangat teruk. Berganti-ganti skandal aku. Hubungan aku dan dia berakhir pun kerana salah seorang skandal ku menceritakan tentang aktivitiku pada dia.

Sejujurnya, setelah semua berakhir, aku lega sangat. Aku cuba berubah menjadi apa yang patut aku jadi. Aku fokus pada pengajianku yang sudah berada pada penghujungnya. Aku mula menghabiskan masa dengan kawan-kawan. Walaupun, masalah keluarga aku masih tak dapat diselesaikan, aku sangat lega tidak perlu menjadi jahat lagi.

Beberapa ketika kemudian, aku ada berhubung dengan si dia, cinta pertamaku. Entah bagaimana aku terfikir untuk mengguna kata laluan lamanya untuk masuk ke dalam Facebook si dia, dan aku berjaya. Namun, itulah saat semuanya terbongkar. Betapa tidak menyesalnya aku menampar dan teguh dengan pendirianku untuk berpisah dengan dia. Memang si dia jantan yang sial. Itu saja yang aku mampu cakapkan. Berpura-pura baik di depan teman wanita, dan menjadi sundal di sebalik gambar "profile" nya yang memaparkan nama Allah dan Muhammad. WTH!!!!

Akhirnya aku menghubungi dia untuk memaklumkan tentang hal aku masuk ke dalam Facebook si dia. Pada mulanya, alasan si dia, aku masih tidak matang untuk menafsir hubungan persahabatan dia dan teman-teman wanitanya. (Kepala otak kau!). Aku membalas, aku dah lalui macam-macam. Aku tak bodoh seperti teman wanita kau. Kemudian, dia menjadi sial sesialnya. Tidak habis-habis menghantar mesej mengajak aku melakukan perkara tidak elok.

Aku terus mendiamkan diri. Begitu juga dia. Entah kenapa pada suatu hari, aku terlalu rindu untuk bertemu si dia. Ya, rindu pada lelaki sundal itu, bodoh sungguh aku. Namun, aku berani untuk bertemu dia di suatu tempat kerana aku pernah bercinta dan sayang kepada dia. Aku yakin, dia takkan melakukan apa-apa terhadap aku. Pertemuan itu seperti "double date". Bersama-sama kawannya yang pernah menjadi saksi hubungan aku dan si dia.

Terlalu banyak untuk dikenangkan. Pada waktu itu, aku meilhat dia dan tanpa sedar aku tersenyum, "Aku cintakan kau". Tanpa apa-apa alasan, aku mencintai kau yang tidak pernah menghargaiku.

Setelah dia menghantar aku balik, aku mesej dia berkata itu adalah pertemuan terakhir aku dan dia. Dia keluar bersama aku kerana mengharapkan sesuatu, namun aku bukan sesundal itu. Aku bukan pelacur simpanan untuk kau lampiaskan nafsu di kala topeng mu menjadi-jadi di hadapan teman wanita mu.

Aku tahu, dan aku sedar ia sudah berakhir.

Beberapa bulan selepas itu, dia menghantar pesanan di chatbox ku. "Maafkan salah aku selama ini. Aku harap kau bahagia". Pada hari itu, air mata aku mengalir lagi untuk si dia, namun bukan kerana sedih. Tapi aku gembira, kisah aku dan dia berakhir.

Sejak itu aku belajar, cinta pertama yang kecundang tidak mungkin dapat dibuang dari ingatan sebegitu mudah. Kau mungkin takkan pernah melupakannya kerana dia adalah cinta pertama. Satu perasaan asing pada pertama kalinya menembusi hatimu dan bertakhta di situ buat seketika.

Aku tidak pernah lupakan cinta pertama aku. Namun, aku sudah boleh tersenyum dan ketawa sambil berkata, "ya, dia adalah cinta pertama aku", "dia adalah insan yang paling aku sayang". Dan, aku teruskan hidup aku mencari sebuah cinta yang bisa menjadi galang ganti pada cinta pertamaku yang kecundang.

p/s: Sudah hampir 5 tahun berlalu, si dia masih dalam ingatan. Hanya sebagai kenangan. Sejarah di dalam lipatan untuk simpanan. Hatiku masih lagi sunyi tanpa cinta. Takut mungkin. Takut untuk mempercayai hadirnya rasa asing di dalam hati dan dilukai oleh sesuatu yang kau anggap manis.

Thursday 12 April 2012

Nak bahagia ke idok?

Aku bukanlah pakar cinta. Tapi, pengalaman-pengalaman yang aku lalui sering aku jadikan pengajaran kala meniti kehidupan. Kadang-kadang aku berterima kasih pada cerita-cerita lamaku kerana ia banyak mengajar aku menjadi seorang gadis yang lebih matang dan cerdik terutamanya apabila berhadapan dengan lelaki. Namun adakalanya, aku hanya rindukan kenaifan aku yang dahulu.

Aku ni takda lah memahami lelaki sangat. Ingat senang ke nak faham kaum tak serupa kita? Macam ayam dengan itik lah. Kau ingat ayam faham ke kenapa itik jalan tertonggek-tonggek! Ingat itik faham ke kenapa tahi ayam tersangatlah busuk!

Nak bahagia ke tak? Try la tips-tips tak semenggah aku ni. Kalau menjadi, alhamdulillah. Kalau tak, banyak-banyaklah berdoa dekat Allah ye. Sehebat mana kita merancang nak kahwin, tengah akad nikah pun boleh kantoi bakal suami kita tu rupanya laki orang. (Boleh ke berpoligami tanpa pengetahuan isteri pertama dan kedua dan ketiga juga keempat?)



1. Semua lelaki yang mengucapkan kata sayang dan cinta sebelum kahwin langsung tidak boleh dipercayai.

Okay. Mungkin ada separuh lah dari dorang yang kau boleh percaya. Macam aku, ada dua orang lelaki yang aku consider boleh percaya lah jiwang karat telefon dorang tuh tapi setakat mana sayang dan cinta yang mereka ucapkan itu? Kedua-dua mereka memang sangat menjaga kebajikan aku. Keluarga dorang pun aku dah jumpa. Well, aku ni memang lengkap ciri-ciri menantu pilihan, memang senang je nak dapat restu. Lepas aku, dorang dah tak boleh terima perempuan lain dan masing-masing kononnya hanya ingin bercinta dengan si isteri. Kuat juga penangan cinta aku ye.

Tapi, semakin mengenali lelaki-lelaki ini, sayang dan cinta yang mereka ucap-ucapkan padaku menjadi angin lalu buatku. Kerana apa? Satu, dorang tak menjaga kehormatanku. Suka-suka je nak pegang anak dara orang. Kau ingat anak kucing ke? Kedua, kata sanggup buat apa sahaja tapi boleh dikatakan kebanyakan masanya aku lakukan semuanya sendiri. Yup, dorang memang banyak berkorban untuk aku tapi masih tak cukup buat aku. Kalau kau sanggup meredah hujan untuk aku, ponteng kelas untuk aku pun, masih tak cukup nak tunjukkan korang ambil berat pasal aku. Bagi aku kata-kata sayang dan cinta yang lahir sebelm perkahwinan kebanyakan seperti pasir di tepi pantai. Sekali ombak datang, sekali pantai berubah. Aku akui ada yang berjaya hingga ke jinjang pelamin tapi bahagia ke mereka setelah berkahwin? Contoh paling dekat, mak bapak aku. Bercinta, chewah bukan main lagi. I lap you, you lap I back la kan. Last-last, bila aku selaku anak sulung masih lagi bertatih berjalan, bapak aku sudah ada yang lain. Kononya kerana tidak tahan dengan perangai mak aku. Yang mak aku pula, bertahun-tahun dia bertahan dengan bapak aku, bila bapak aku dah berubah jadi baik je, dia pula buat perangai. Sehati sejiwa sungguh korang.

2. Jangan nak menggedik-gedik, paksa-memaksa atau over sangat dalam hubungan kalian.

Rileks-rileks sudah. Tunjuk sedikit ego anda sebagai perempuan. Tapi, sikit je tau. Masa aku mula-mula start berkecimpung dalam dunia tak disaran agama ni, aku punya ego, mak oi, tinggi melangit-langit. Susah! Last-last gigit jari lah. Kau ingat lelaki tu lembu ker? Dorang pun ada ego juga. Well, bagi yang ada and aku lagi respect lelak yang ada ego. Baru nampak jantan dan agak macho sedikit. Wohho! Tapi, jangan sampai tak ada ego langsung. Aku tak suka istilah jual mahal. Kejadah kau nak jual mahal, diri kau tu tak ternilai, okay? Jangan bagi senang sangat dia dapat kau, tapi jangan lah bagi susah sangat. Bila senang dapat, risiko untuk dia tinggalkan kau meningkat. Tapi, bila susah nak dapat pulak, daripada beria-ia nak dapatkan kau, dia dah mula rasa tercabar. Dia akan cuba sampai dapat. Once dah dapat, dengan bangganya dia akan kata, 'yes, aku dapat.' lepastu dia blah. Tu ego lelaki, okay?

Okay, biar aku kongsi sikit pengalaman aku menjadi ego tak ego. Ni kes aku berjaya okay. Kalau tak berjaya, aku tak kongsi la. Malu mak tau!

Bila dia start macam nak flirt-flirt dengan aku. Aku layan je. Well, rugi lah lepas calon suami terbaik kan? Tapi, jangan over-over. Aku tunggu je dia msg or call. Aku tak pernah start dulu. One day, dia kata aku kedekut kredit. Muahaha. Dia bukan tahu yang aku bangun tidur je, aku dah pejam mata tak sabar tunggu malam sebab nak msg dengan dia. Aku simpan-simpan je. Aku pun cakaplah, 'Saya tunggu awak yang msg saya dulu sebab saya tak nak kacau awak. Sweet kan saya?', dan jawapan balas dari si dia adalah, 'Ala, sweetnya.'. Itu bukan perli, okay? Aku cuba faham keadaan dia. Ada setengah lelaki ni, dia suka bertanya khabar selalu, ada yang suka msg/ call lewat malam untuk say good night je. Kau kena faham lah si dia tu kategori mana. Kalau dapat kategori yang pertama tu, kau boleh jadi rimas dan terkonkong. Tapi, kalau dapat lelaki kategori kedua pulak, jadi macam aku la. Rasa macam cik abang tak sayang. Lepas sebulan je hati aku dah tawar.

One day aku hantar mesej,

Aku: Kenapa layan saya baik? (Untuk pengetahuan kalian-kalian, si dia tak pernah declare apa-apa antara kitorang. Cuma masa dia kenalkan dengan famili dia, semua orang taulah aku dia punya. Kawan-kawan dia pun tau. Tapi, dia bukan jenis nak kecoh-kecoh wat status 'In a Relationship with' la.)
Dia: Saya ikut gerak hati saya. Tu je yang saya tau.

Aku tak balas mesej. Berair lah jugak mata aku. Jawapan common betul dia bagi aku. For one day, aku memang dah fikir nak endkan dah unknown-relationship aku dengan dia. Tapi tiba-iba aku terfikir jawapan terbaik nak balas mesej dia. Malam tu, aku yang mesej dulu sebab nanti kalau dia start, macam mana aku nak sambung cerita semalam kan?

Aku: Orang kata, hati manusia ni mudah berubah. Kalau hati awak dah berubah, macam mana? Kesian lah saya kan?
Dia: Kalau macam tu, saya kena tetapkan hati saya lah.
Aku: Okay. Kalau hati awak berubah jugak, siap awak! (ciri-ciri Queen Control kah?)
Dia: Hehehe..baekkkk!

Lepastu, hubungan kitorang macam biasa. Takda jiwang-jiwang tapi aku percaya dan yakin dengan dia. Aku pun, kalau dah ngantuk sangat, aku tak tunggu pun mesej dia. Sapa suruh mesej lambat-lambat, aku kerja kot pagi esok. Dia pun kadang-kadang tak sempat atau terlambat mesej good night. So, aku tak ambik port sangat. Mula-mula dia rasa bersalah juga sebab dia perasan aku merajuk tak balas mesej dia. Tapi, aku pujuk hati dan cakap, 'Its okay. Tak payah rasa bersalah. Kita sama. Ada masa mesej.'

Ok, terlebih panjang pula cerita pasal si dia.

3. Selagi tak kahwin, tak payah nak cakap 'I Love You, I Miss You' selalu.



Kalau korang rajin membaca, korang akan tahu yang lelaki ni suka ekspresikan perasaan melalui cara dorang melayan kita, berbeza dengan perempuan yang lebih senang meluahkannya dengan kata-kata. Apa kata, korang hold perkataan-perkataan keramat tu. Tapi, kalau korang dah tak luahkannya melalui kata-kata, luahkanlah melalui layanan yang baik. Layanan yang baik tidak sama maksud dengan 'service' yang baik ye. Harap maklum.

Macam aku, tak pernah aku luahkan ayat-ayat jiwang dekat si dia. Itu ego aku lah sebab dia pun tak luahkan. Tapi, selalu je aku jerit sorang-sorang, “Sayang awak! Rindu awak!”. (Argh,serious aku angau!). Apa yang aku buat supaya dia tahu aku pun ada perasaan yang sama macam dia? Ada sekali dia ajak pergi kenduri kahwin kawan serumah dia dekat Perak. Hari sebelum tu, dia call aku dan tiba-tiba tanya, “Awak nak pakai baju apa?”. Aku pun jawab la dengan pantas, “Kebaya”, aku diam sekejap sebelum aku dapat tangkap maksud soalan dia tu. Aku pun sambung ayat aku cepat-cepat., “warna biru...”. Lepastu, dia pun kata dia pakai baju warna hijau kot. Aku cakap lah aku tak ada baju warna hijau dan dia pun tak ada baju warna biru. Last-last, masing-masing senyap. Aku pun terus bangun dari tidur dan punggah almari, jumpalah baju warna hijau. Aku terus hantar mesej, “Saya pakai baju warna hijau lah.” Dia pun balas, “Adapun =)”. Tapi, esoknya dia mesej aku dan cakap, “Saya rasa baju saya warna hijau coklat lah.”. Hampeh! Last-last tak sama warna juga baju kitorang. Dan, balik dari perak tuh, highway PLUS jam gila. Aku tersangatlah penat dan sakit kepala tapi aku temankan dia sepanjang perjalanan. Baik kan aku? Muahaha, puji diri!

4. Lepas usaha, tawakallah. Yakin dengan ketetapan dan ketentuan Yang Esa.

Bagi aku, bahagia yang hakiki adalah apabila si dia melamar kita menjadi suri hidupnya. Tapi, nak kahwin bukan senang ye adik-adik kakak-kakak sekalian. Tingkatkanlah prestasi anda, majukan hidup anda, upgrade iman di hati, kukuhkan sabar di dada. Jadilah bakal isteri yang menyempurnakan hidup seorang lelaki, yang mampu menyejukkan hati mereka dan juga membahagiakan si dia dan juga diri anda sendiri.

Nycest's: Setiap orang ada cara masing-masing untuk bahagia, bukan? Yang penting, tulus dari hati kita, kita yakin dengan Allah. InsyaAllah, setiap masalah yang melanda pasti akan dapat diatasi dengan tenang beserta senyuman. So, itulah sebenarnya tips untuk bahagia. Peace V.

Wednesday 11 April 2012

Aku..cuma aku

Bahasaku tidak seindah puisi
Tidak semudah ABC
Namun pada yang ingin mengenali
Tidak sukar bahasaku untuk difahami

Rupaku tidak secantik bidadari
Namun tidak jelik untuk ditatapi
Ku bersyukur pada Ilahi
Mengurniakan kesempurnaan diri

Indah parasku untuk tatapan suami
Buruk parasku supaya tiada yang memujai
Namun parasku bukan untuk dihakimi

Budiku tidak sesantun puteri Nabi
Namun masih terselit pekerti
Dalam aku berbicara dan menjaga diri

Kasarku bukan untuk menyakiti
Namun untuk melindungi diri
Lembutku bukan untuk dipijak pada yang iri
Sekadar untuk ingatan diri
Aku masih wanita yang berbudi

Diriku tidak secomplicated statistic yang dipelajari
Namun tidak semudah One Two Three
Hatiku juga tidak mudah untuk difahami
Namun bukan mainan untuk dimainkan sesuka hati

Luka yang ada masih tidak terubati
Jangan ditambah menjadi racun diri

Cintaku tidak sesuci cinta Nabi
Namun cintaku bukan untuk dikhianati
Kasihku setia pada yang menghargai
Sepi pada yang mencurangi

Senyum dan tawaku bukan bermakna aku hepi
Tangisku ku kerana aku sendiri
Mengharap, menanti ada yang mengerti
Aku ingin disayangi
Oleh orang yang ku sayangi

Friday 4 December 2009

~The New Journey Begin~


Yeah..here i am...my first post..
dah lame aku mengimpikan untuk ada blog sendiri..akhirnya..aku berjaya membuang segala kemalasanku dan memulakan my first step into ~The Story Of The Moon~.

Ok..first of all..aku rasa aku nak share sebab2 kenapa aku nama kan blog aku nie ~The Story Of The Moon~.

1. Aku teramatlah suka Moon @ Bulan. cantik la..especially time bulan mengambang. and ari tuh ade around last month kot..aku menyaksikan satu fenomena yg sgt pelik tp sgt cantik..bulan mengambang then it got a circular ring around the moon. siyesly cantik...mase tue smua org kt kdai mkn (mase tuh aku g kdai mkn ngn famili aku) pakat ambik gambar bulan tu..aku pon sibuk2 la same..but at last ak bluetooth gmbar dari phone adik aku jerp..


2. Secondly...em nape ea? i guess..aku slalu ngadu dgn bulan kt atas tue.

3. Aku suke tengok bile ade banyak2 bintang around the moon. bertambah2 cantik la ciptaan Allah tu kan3?

4. Kalau kite tengok bulan tue dari dekat (hasil bantuan dari saintis2 yg berjaya..hakhak)..tak ade la lawa sgt kan bulan tue..ade byk kawah2 n bla3 yg aku rasa aku tak penah blajar kot...and bagi aku kawah2 tue smua ibarat cabaran dan dugaan yang aku bakal tempuh..tiada yang sempurna dalam kehidupan..kan3?

ok lah setakat nie itu aje yg dapat aku pikirkan..nanti lau ade sbb lain...aku share lagi okayh..
pai2..

.....

Sebelum ni blog aku diberi nama Story of The Moon. Disebabkan aku mula rasa yang nama itu sangatlah kebudak-budakan jadi aku pun tukarlah ke nama yang lebih stylo dan macho iaitu Nycest'S Collection untuk menunjukkan fasa kematangan aku.

Assalamualaikum...Have a Great Moments In Your Life